Tanda dan gejala Kehamilan abdominal

Gejala bagi kehamilan abdominal mungkin termasuk sakit perut atau pendarahan di bahagian faraj wanita semasa kehamilan.[1] Disebabkan oleh ketiadaan spesifik kerana tiada ultrabunyi tersedia di kawasan tersebut, diagnosis selalunya hanya ditemukan semasa pembedahan untuk menyiasat gejala abnormal.[1] Mangsa kebiasaannya didiagnosis kemudian di negara sedang berkembang berbanding dengan negara maju yang lain.[6] Dalam kira-kira separuh dariada kes perubatan dari pusat negara yang berkembang, diagnosis pada mulanya tertunda.[7]

Kehamilan abdominal ialah keadaan perubatan berbahaya kerana boleh berlakuny pendarahan ke dalam perut– yang akan mengakibatkan tekanan darah menjadi rendah (iaitu renjatan hipovolemik) dan boleh membawa maut. Penyebab kematian yang lain bagi wanita dengan keadaan kehamilan abdominal juga termasuk anemia, embolisme peparu, koagulopati, dan jangkitan.[8]